Esok pagi sebelum hantar ke rumah pengasuh, mama Nampak badan Aryan penuh dengan bintik-bintik merah. Mama fikir campak sekam kot.. Alahai badan pun Nampak agak kebiruan. Mama fikir Aryan sejuk sebab bibir pun kebiruan juga. Tapi mama hantarkan juga sebab mama dan papa ada kerja. Niat di hati tengah hari nanti nak bawa Aryan pergi klinik. Mama pesan siap-siap kat pengasuh supaya contact mama kalau Nampak Aryan makin teruk.
Tak sempat tengah hari pun..pengasuh dah call bagitau Aryan Nampak tak aktif seperti biasa. Bintik-bintik merah dah makin banyak. Pipi pun blushing. Mulut Nampak biru. Aryan Nampak macam tak larat sangat dan tak larat nak buka mata pun. Mama dan papa bergegas ambil Aryan rujuk ke Klinik Pakar Kanak-kanak berhampiran. Risaunya hati mama hanya Allah yang tahu.. rasa bersalah pun ada sebab bertangguh bawa Aryan rujuk doctor.
Di Klinik Pakar tersebut, bila lihat keadaan Aryan..Doctor terus taip perkataan SCARLET FEVER kat internet...tunjuk kat mama dan papa gambar yang simpton-simpton scarlet fever ada pada Aryan. Doktor kata scarlet fever jarang berlaku di Malaysia. Untuk atasi scarlet fever adalah dengan memberi antibiotic untuk Aryan. TAPI..memandangkan keadaan Aryan dah lemah doctor suruh kami terus ke Hospital bahagian Kecemasan.
Dalam bilik kecemasan sementara mendapat rawatan yang sewajarnya, mama di suruh agar terus membasahkan badan Aryan dengan air bagi mengurangkan panas badan. Kesian mama tengok Aryan..Sedih sangat.. Selesai check up dari doctor Aryan terus dimasukkan antibiotic. Doktor kata nasib baik u cepat sebab oksigen dalam badan dah kurang. Allah...Alhamdulillah.. Selesai rawatan di kecemasan Aryan dimasukkan ke wad kanak-kanak. 6 hari mama dan papa bergilir-gilir jaga Aryan.
Hari pertama dan kedua kemerahan pada badan Aryan makin merebak ke seluruh badan. Mulut semakin membiru. Badan Aryan pun membengkak. Antibiotik dimasukkan direct ke dalam badan Aryan. Syukur sangat saat-saat genting di wad, saudara mara dan kawan-kawan tak putus-putus datang melawat. Alhamdullillah hari ke empat keadaan Aryan semakin pulih. Hari ke 6..bila doctor kata dah boleh discharge..bersyukur sangat. Sebenarnya mama pun sangat letih sebab masa tu mama tengah mengandung baru 2 minggu.. Terima kasih papa sebab banyak jaga Aryan semasa di wad.
![]() |
dari bilik kecemasan nak ke wad..27/8/2014 |
![]() |
diberi oksigen...27/8/2014 |
![]() |
demam...27/8/2014 |
![]() |
pelawat setia yang ditunggu-tunggu Aryan. Hari-hari dating teman...28/8/2014 |
![]() |
baru lepas operate bisul kat belakang..1/9/2014 |
![]() |
baru selera minum susu |
Doktor pakar bagitau scarlet fever ni berpunca daripada kuman dari persekitaran. Kebetulan hujung minggu sebelum Aryan demam kami mandi manda kat Batu Feringgi, Penang. Nak dijadikan cerita sebelum turun pantai kaki Aryan terluka. Mama dah pesan kat papa tak payah bagi Aryan mandi la takut kuman masuk ikut luka tu. Tapi biasalah papa kata mama suka fikir bukan-bukan. Huhu..kadang-kadang naluri seorang mama memang betul kan...
Di sini mama sertakan link tentang Scarlet Fever.
Apa itu Scarlet fever - ramai yang keliru campak dan scarlet fever. scarlet fever amat jarang berlaku di Malaysia
6 Hari di Wad Hospital Kerajaan Dapat cash RM1200???
No comments:
Post a Comment