My Life

My Life
My Life is an Expression of My Talents and Abilities. But My Super Kids is My Life. Love You So Much..

Monday, 31 October 2016

Percutian 2015 : Cameron Highlands

Sempena cuti sekolah yang bermula hujung Mei 2015, kali ini mama dan papa bawa anak-anak bercuti ke Cameron Highland. Kunjungan pertama permata hati mama yang ke 4 ke Cameron Highlands...Adik Akmal bersama Abang Amzar, Abang Aqil dan Abang Aryan..


Kami sampai lebih kurang jam 7 ptg. Hotel budget kami kali ini ialah Twin Pines.


Triple-room (Rm110)
Lepas check in hotel kami ke Pasar Malam Brinchang (Jumaat malam). Sejuknyaaaa... Anak-anak mama belikan sarung tangan setiap sorang. Budak-budak..memang seronokla dia orang...terus hilang sejuk..haha.. Untuk adik akmal dapat topi merah.. Mama beli sayur goreng dan buah berangan. Papa pula beli burger bakor.. kenyang sungguh... Alhamdulillah. Sebelum tidur sempat lagi cicah strawberry dengan coklat. Sempat posing lagi..post dalam facebook..:p

Pagi esoknya, singgah sarapan dekat Tea House, Bharat Group. Nikmati tea tarik, sandwish dan kuih puff.. Haiii..laju pulak anak-anak makan..sedap sangat ke?
Dah namanya bercuti..so, bergambar lah..apa lagi...
 
 



Kemudian kami ke Taman Rama-rama. Rm 5 tiket masuk untuk dewasa dan Rm 3 untuk kanak-kanak (3 tahun ke bawah FREE). Rama-rama tidaklah sebanyak macam kat taman rama-rama Pulau Pinang (berbaloi la dengan harga tiket kan..) TAPI asyik dengan bunga-bungaan...really love it..
 
mama dan papa, Sayyid Amzar, Sayyid Aqil, Sayyid Aryan, Sayyid Akmal
 
 




Our hero of the year..Muhammad Sayyid Akmal (6 month)..sangat ceria..senyum sokmo..Alhamdulillah. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, beriman dan bertaqwa..seorang yang kaya dan Berjaya dunia akhirat..amen..
 
Actually dah banyak kali ke Cameron Highlands, tapi ini kali pertama menjejakkan kaki ke lading tea boh. Terima kasih papa sebab bawa mama dan anak-anak ke sana. wah..mencabar sungguh perjalanannya..tapi best sangat..
 



 Jauh juga kami berjalan dari tempat parking kereta. Nasib baik anak-anak tidak meragam. Sampai saja..masing-masing dah lapar.. Jom kita lunch dulu..
 
makan nasi lemak sorang sebungkus..HABISS..walaupun merah muka semua sebab agak pedas..
Lawatan ke kilang proses daun the boh


 
Dalam perjalanan balik..sempat singgah bergambar di sekitar ladang Boh.. Very nice view..
 

 
 Memori 30-31 Mei 2015
 
 Sebelum pulang singgah beli sedikit buah tangan untuk family dan kawan-kawan..strawberry, buahan kering, jagung mutiara dan keledek madu. 
 


No comments:

Post a Comment