Mimpi adalah sesuatu yang normal bagi setiap orang. Orang kata mimpi ni mainan tidur. Tapi ada juga yang berpendapat mimpi ini sebagai satu petanda..baik @ buruk..yang ada kaitannya dengan kehidupan kita. Tapi apa yang mama nak kongsi kan ialah kenangan mama bermimpi di awal mengandungkan my super heroes..SAYYID.. (lebih kurang 2 minggu usia kandungan).
Semasa mengandungkan anak yang pertama, mama mimpi
jumpa barang kemas berlonggok-longgok kat atas tilam dan bawah bantal... macam-macam ada..rantai leher, rantai tangan, cincin..macam-macam saiz dan bertuk yang mana semuanya dari emas. Masa tu mama tau itu cuma sekadar mainan tidur ja. Saje cerita kat papa dan mak mertua...senyum jer lah kan. Exciited sangat nak dapat baby kot. Yang bestnya boleh plak terfikir..entah-entah nak dapat baby girl kot... Berangan sungguh... Nak-nak plak ada kawan tu duk tegur macam mengandung baby girl ja sebab katanya muka mama berseri ja..tak berubah. Lagi best masa mama temankan seorang kawan mama berurut dengan sorang mak bidan ni..dia pun dengan yakin cakap mama mengandung anak perempuan.
Excited mama pergi klinik swasta untuk scan. Papa Tanya doctor..boy or girl? U guess what? Of course lah B.O.Y.. Alhamdulillah. Anak pertama kan..tak kisah la lelaki ke perempuan. Syukur lah Allah bagi mama anak setelah hamper 2 tahun menanti.
 |
Gambar hiasan |
Semasa mengandungkan anak yang ke dua mimpi yang hampir sama berulang. Masa ni mama pun tak sedar mama mengandung...mmmmm... Malam tu mama mimpi
jumpa duit syiling bertimbun-timbun...bersepah-sepah sana sini. Tapi diam jer. Tak cerita kat papa pun. Hai..nak dapat durian runtuh ke? hehe..ye lah tiba-tiba mimpi jumpa duit banyak camtu kan.. Agak lewat mama sedar mama mengandung sebab kali ni tak ada alahan langsung seperti pengalaman pertama mengadung dulu.
Masuk empat bulan mama terus ajak papa pergi scan. Oo ooo...B.O.Y..lagi... Alhamdulillah. Papa kata lelaki ke perempuan..papa tak kisah. Papa terima jer.. Anak lelaki pun comel.
 |
Gambar hiasan |
Mengandung anak yang ke 3 jauh di sudut hati, mama yakin kali ni girl lah pulak kan. emmmm..tak pe lah redha jer. So far anak-anak lelaki mama ok je..tak banyak kerenah. Kali ni mama mimpi pergi ke satu bangunan lama. Dalam mimpi tu mama jalan-jalan sampailah ke bawah rumah. Pijak Tanah. Tiba-tiba mata terpukau tengok satu objek...patung kecil. makin dekat, mak oiii banyaknya patung-patung haiwan kecik dan comel-comel. Bila diamati betul-betul rupanya patung-patung tu diperbuat daripada emas. Ada emas kuning, putih dan ada berlian gak. Macam
jumpa harta Karun gitu..
Esoknya cerita kat papa. Mama rasa kali ni pun baby boy lagi lah. Tiap kali ahli keluarga atau kawan-kawan berseloroh yang kali ni baby girl...mama senyum ja. Entah nape kali ni mama rasa mimpi tu bermaksud B.O.Y again... Alhamdulillah..Kini mama punya BoboiBoy...
 |
Gambar hiasan |
Bukan mudah untuk mama kuatkan diri untuk mengandung lagi. Tapi motivasi yang tinggi mengatakan in shaa Allah kali ni mesti girl plak. Ramai yang bagi petua, dan suruh berdoa agar dikurniakan baby girl. Memang mama nakkan anak perempuan. Seronok tengok baju-baju baby girl yang comel-comel. Tapi dalam masa yang sama mama sangat yakin bahawa ketentuan ini, rezeki ini. qada dan qadar ini adalah yang terbaik untuk mama sekeluarga. Allah kan Maha Mengetahui. Sudah pasti apa yang berlaku ini bukannya suatu kebetulan..pasti ada hikmahnya.
Tapi, semasa mengandung anak ke 4, mama mimpi sedang membeli kuih dekat satu kedai. Semasa nak bayar..mama toleh belakang..tu diaaaa
...banyaknya kuih muih, macam-macam jenis...rasa nak beli semuanya. hehe.. Tiba-tiba terfikir, adakah kali ni????? Hanya Allah yang tahu. Berbunga-bunga hati mama. Kat ofis kawan-kawan duk tegur mama berseri-seri dan asyik bergaya...
Huhuhu...tersasul doctor cakap. B.O.Y lagi... Alhamdulillah.
 |
Gambar hiasan |
Saja mama coretkan kisah mimpi mama ni. Menarik bila dikumpul dah ada 4 mimpi yang pada mama ada nilainya yang tersendiri. Hanya doakan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Semoga diberkati usia dan di murahkan rezeki. Ameeenn..
Klu mimpi Emas tak bermaksud girl ea sis..Sbb dgr ade org ckp cmtu
ReplyDelete