My Life

My Life
My Life is an Expression of My Talents and Abilities. But My Super Kids is My Life. Love You So Much..

Saturday, 25 July 2015

Sayyid Amzar ada G6PD????... Umur 3 tahun baru tahu..

Sayyid Amzar putera sulong mama. Masa mengandungkan Amzar...Alhamdulillah tak de masalah sangat. Biasa lah...alahan..tak selera makan, masalah hb rendah... Sedar-sedar dah 5 hari overdue. O..ooo.. Kawan-kawan pakat duk bagi nasihat suruh mama jumpa doctor..takut baby dalam kandungan berak dan macam-macam masalah yang mungkin jadi bila overdue. Risau gak...tapi hari tu sempat ladi mama lawan game scramble crunch ngan papa. Dalam kul 10 pagi camtu papa teman mama ke klinik ibu dan anak. Masa tu memang takde tanda-tanda nak bersalin pun. Doktor suruh mama buat check up kat hospital. Di hospital dia orang check pergerakan baby/bunyi jantung baby. Hampir sejam juga mama terbaring kat dalam bilik tu. Papa tunggu kat luar.

Tiba-tiba doctor pakar datang jumpa mama. Katanya..baby mama mungkin lemas. So, perlu operation. Doktor minta mama tanda tangan borang untuk kebenaran operation. Sementara mama get ready untuk ke bilik bedah di bantu oleh nurse-nurse yang sangat baik hati..doctor panggil papa untuk jelaskan keadaan. Papa teman mama hingga ke bilik bedah. Mama tahu papa nangis. Sayu sangat.. Mama pun takut benarnya...huhuhu.. Hari tu 2 Ramadhan. Mama berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Tiga hari dalam wad bersalin. Elok-elok nak keluar wad, baby mama pula kena tahan wad kuning. Tension gak sebab dalam keadaan badan yang masih sakit kena operate pastu nak kena berjaga dalam wad kuning plak. Malam pertama di wad kuning...macam mimpi ngeri buat mama bila doctor cakap bacaan kuning baby hampir 400. Setiap beberapa jam kena test darah. Kesian kaki baby mama yang comel dan lembut tu asyik kena cucuk ambik darah. Doktor kata..kalau bacaan cecah 400 baby kena tukar darah. Doktor explain lajunya...mcm xde perasaan. Mama rasa tertekan bila doctor kata.."Puan tahu kan risiko kalau tukar darah....bla..bla..bla...kemungkinan dijangkiti hiv tapi sangat rendah lah. tapi saya nak kena bagitau juga..."  Mama bagitau papa...nangis???tak yah kata lah...walaupun control gak sebab orang kata dalam pantang tak elok menangis..takut kena meroyan.
Macam-macam petua mama dan papa cuba:
-bagi air sengkuang cina
-bagi air perahan anggur hijau
-bagi susu kambing

Alhamdulillah setelah 3 minggu dalam wad kuning akhirnya doctor bagi keluar walaupun bacaan masih tinggi tapi doctor kata hati baby dah matang. Tapi setiap hari kena check darah kat klinik ibu dan anak. Apapun..mama lega sangat sebab sekurangnya kat rumah ramai yang boleh tengokkan baby. Mama dah tak larat...mama nak rehat...
Kat umah ikhtiar lagi...
-mandikan air daun inai
-mandikan air bunga loceng
-macam-macam lagi..Pendek kata apa yang orang bagitau semua kami ikut kecuali yang melibatkan nak bagi baby makan.

Seminggu sebelum raya..papa sekeluarga hantar mama dan baby amzar balik kampong mama. Esoknya g check kuning kat klinik...Alhamdulillah kuning dah hilang..

Setelah 3 TAHUN???

Peristiwa:
Mama bagi amzar makan kacang parang 2-3biji jer pun. Mama hanya perhatikan amzar makan sebab takut lekat. Itu jer..

Simpton-Simpton (keesokannya):
-Amzar muntah (mama fikir sebab banyak sangat minum susu :'(
-Amzar demam (tapi sempat lagi bawa amzar jalan-jalan ke muzium legong)
-Amzar Nampak pucat (papa dukong sebab fikir amzar tak larat)
-Air kencing Amzar warna gelap macam air teh (perasan masa tukar lampin...malamnya..)

Bawa amzar jumpa doctor pakar kanak-kanak. Tengokkan keadaan Amzar, doctor tunjuk kacang parang. Doktor Tanya.."kamu bagi anak makan ni?"... Ya... Doktor kata kemungkinan besar amzar ada masalah G6PD (pertama kali dengar...) Biasanya G6PD dikesan selepas kelahiran. Tapi pada kad merah doctor tanda NORMAL pada bahagian G6PD. ?????? Doktor terus buat surat suruh kami bawa amzar ke hospital bahagian kecemasan.

G6PD??? AVOID THIS!!!!

KACANG PARANG
KACANG ITIK

No comments:

Post a Comment