My Life

My Life
My Life is an Expression of My Talents and Abilities. But My Super Kids is My Life. Love You So Much..

Tuesday, 29 December 2015

Merancang Kewangan Kita Sebelum Terlewat

πŸ† πŸ† TIPS DARI DR AZIZAN OSMAN
 
πŸ‘‘ Merancang kewangan kita sebelum terlewat.

πŸ’₯ Waktu Pagi:
❎ Jgn Withdraw Duit Dari Atm
  Jgn Byr Loan
Jgn Byr Hutang
.
🎈Pagi adalah Utk Kita:
πŸŽ‰  Sedeqah
πŸŽ‰ Jemput Rezeki Melalui Dhuha
πŸŽ‰  Berzikir Dan Selawat
.
πŸ’°Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
πŸ‘‰ Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
πŸ‘‰Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
πŸ‘‰ Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
πŸ‘‰Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
πŸ‘‰Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
πŸ‘‰Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGATπŸ’₯πŸ’₯
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.
Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik..

Wednesday, 5 August 2015

6 Hari di Wad Hospital Kerajaan Dapat cash RM1200???


Hari ini, sudah ramai yang open dengan istilah insuran dan takaful. Walau bagaimanapun masih ada yang berpandangan negatif dengan insuran dan takaful ni. Ini kerana pada pendapat peribadi saya, mereka tidak faham tentangnya selain commitment bayaran bulan-bulan. Secara amnya, Insuran dan takaful merupakan plan perlindungan dengan pakej-pakej tertentu. TAPI...sebagai seorang Islam adalah wajib memmilih takaful berbanding insuran konvensional kerana takaful mempunyai badan syariah yang memastikan urusan tidak mengandungi unsur gharar dan riba.
 
Untuk anak-anak mama ambilkan plan pendidikan dengan AmMetLife Takaful. Rm 100/bulan..cover untuk risiko kematian@cacat kekal, sakit kritikal, medical card, elaun wad rm150/hari (untuk wad hospital swasta) dan rm200/hari (untuk wad hospital kerajaan).
 
Masa Aryan sakit, masa tu terlintas nak bawa ke hospital kerajaan ja sebab dekat dengan rumah. Masa tu hanya fikirkan keselamatan Aryan.  Dah lupa pun pasal takaful.
 
Keluar wad, nasib baik perunding kewangan AmMetLife Takaful ingatkan kami tentang claim wad. 6 hari dapat rm1200 (lebih kurang 2 minggu)...mama guna duit tu untuk bayar commitment plan takaful pendidikan Aryan untuk setahun yang berikutnya. Alhamdulillah..
 
Terima kasih...
https://www.facebook.com/Takaful.Utara?fref=ts

Kepada semua yang sedang mencari plan takaful untuk diri sendiri atau anak-anak bole la hubungi link di atas..
Sesungguhnya segala yang baik itu dari ALLAH dan kelemahan itu dari diri kita sendiri.

Saturday, 25 July 2015

Sayyid Amzar ada G6PD????... Umur 3 tahun baru tahu..

Sayyid Amzar putera sulong mama. Masa mengandungkan Amzar...Alhamdulillah tak de masalah sangat. Biasa lah...alahan..tak selera makan, masalah hb rendah... Sedar-sedar dah 5 hari overdue. O..ooo.. Kawan-kawan pakat duk bagi nasihat suruh mama jumpa doctor..takut baby dalam kandungan berak dan macam-macam masalah yang mungkin jadi bila overdue. Risau gak...tapi hari tu sempat ladi mama lawan game scramble crunch ngan papa. Dalam kul 10 pagi camtu papa teman mama ke klinik ibu dan anak. Masa tu memang takde tanda-tanda nak bersalin pun. Doktor suruh mama buat check up kat hospital. Di hospital dia orang check pergerakan baby/bunyi jantung baby. Hampir sejam juga mama terbaring kat dalam bilik tu. Papa tunggu kat luar.

Tiba-tiba doctor pakar datang jumpa mama. Katanya..baby mama mungkin lemas. So, perlu operation. Doktor minta mama tanda tangan borang untuk kebenaran operation. Sementara mama get ready untuk ke bilik bedah di bantu oleh nurse-nurse yang sangat baik hati..doctor panggil papa untuk jelaskan keadaan. Papa teman mama hingga ke bilik bedah. Mama tahu papa nangis. Sayu sangat.. Mama pun takut benarnya...huhuhu.. Hari tu 2 Ramadhan. Mama berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Tiga hari dalam wad bersalin. Elok-elok nak keluar wad, baby mama pula kena tahan wad kuning. Tension gak sebab dalam keadaan badan yang masih sakit kena operate pastu nak kena berjaga dalam wad kuning plak. Malam pertama di wad kuning...macam mimpi ngeri buat mama bila doctor cakap bacaan kuning baby hampir 400. Setiap beberapa jam kena test darah. Kesian kaki baby mama yang comel dan lembut tu asyik kena cucuk ambik darah. Doktor kata..kalau bacaan cecah 400 baby kena tukar darah. Doktor explain lajunya...mcm xde perasaan. Mama rasa tertekan bila doctor kata.."Puan tahu kan risiko kalau tukar darah....bla..bla..bla...kemungkinan dijangkiti hiv tapi sangat rendah lah. tapi saya nak kena bagitau juga..."  Mama bagitau papa...nangis???tak yah kata lah...walaupun control gak sebab orang kata dalam pantang tak elok menangis..takut kena meroyan.
Macam-macam petua mama dan papa cuba:
-bagi air sengkuang cina
-bagi air perahan anggur hijau
-bagi susu kambing

Alhamdulillah setelah 3 minggu dalam wad kuning akhirnya doctor bagi keluar walaupun bacaan masih tinggi tapi doctor kata hati baby dah matang. Tapi setiap hari kena check darah kat klinik ibu dan anak. Apapun..mama lega sangat sebab sekurangnya kat rumah ramai yang boleh tengokkan baby. Mama dah tak larat...mama nak rehat...
Kat umah ikhtiar lagi...
-mandikan air daun inai
-mandikan air bunga loceng
-macam-macam lagi..Pendek kata apa yang orang bagitau semua kami ikut kecuali yang melibatkan nak bagi baby makan.

Seminggu sebelum raya..papa sekeluarga hantar mama dan baby amzar balik kampong mama. Esoknya g check kuning kat klinik...Alhamdulillah kuning dah hilang..

Setelah 3 TAHUN???

Peristiwa:
Mama bagi amzar makan kacang parang 2-3biji jer pun. Mama hanya perhatikan amzar makan sebab takut lekat. Itu jer..

Simpton-Simpton (keesokannya):
-Amzar muntah (mama fikir sebab banyak sangat minum susu :'(
-Amzar demam (tapi sempat lagi bawa amzar jalan-jalan ke muzium legong)
-Amzar Nampak pucat (papa dukong sebab fikir amzar tak larat)
-Air kencing Amzar warna gelap macam air teh (perasan masa tukar lampin...malamnya..)

Bawa amzar jumpa doctor pakar kanak-kanak. Tengokkan keadaan Amzar, doctor tunjuk kacang parang. Doktor Tanya.."kamu bagi anak makan ni?"... Ya... Doktor kata kemungkinan besar amzar ada masalah G6PD (pertama kali dengar...) Biasanya G6PD dikesan selepas kelahiran. Tapi pada kad merah doctor tanda NORMAL pada bahagian G6PD. ?????? Doktor terus buat surat suruh kami bawa amzar ke hospital bahagian kecemasan.

G6PD??? AVOID THIS!!!!

KACANG PARANG
KACANG ITIK

Saturday, 11 July 2015

Scarlet Fever

Malam tu mama perasan Sayyid Aryan Nampak tak sihat. Tapi tetap aktif. Mama fikir mungkin nak demam sebab matanya nampak bundar dan bibir pun merah. Badan pun suam-suam ja.

Esok pagi sebelum hantar ke rumah pengasuh, mama Nampak badan Aryan penuh dengan bintik-bintik merah. Mama fikir campak sekam kot.. Alahai badan pun Nampak agak kebiruan. Mama fikir Aryan sejuk sebab bibir pun kebiruan juga. Tapi mama hantarkan juga sebab mama dan papa ada kerja. Niat di hati tengah hari nanti nak bawa Aryan pergi klinik. Mama pesan siap-siap kat pengasuh supaya contact mama kalau Nampak Aryan makin teruk.

Tak sempat tengah hari pun..pengasuh dah call bagitau Aryan Nampak tak aktif seperti biasa. Bintik-bintik merah dah makin banyak. Pipi pun blushing. Mulut Nampak biru. Aryan Nampak macam tak larat sangat dan tak larat nak buka mata pun. Mama dan papa bergegas ambil Aryan rujuk ke Klinik Pakar Kanak-kanak berhampiran. Risaunya hati mama hanya Allah yang tahu.. rasa bersalah pun ada sebab bertangguh bawa Aryan rujuk doctor.

Di Klinik Pakar tersebut, bila lihat keadaan Aryan..Doctor terus taip perkataan SCARLET FEVER kat internet...tunjuk kat mama dan papa gambar yang simpton-simpton scarlet fever ada pada Aryan. Doktor kata scarlet fever jarang berlaku di Malaysia. Untuk atasi scarlet fever adalah dengan memberi antibiotic untuk Aryan. TAPI..memandangkan keadaan Aryan dah lemah doctor suruh kami terus ke Hospital bahagian Kecemasan.

Dalam bilik kecemasan sementara mendapat rawatan yang sewajarnya, mama di suruh agar terus membasahkan badan Aryan dengan air bagi mengurangkan panas badan. Kesian mama tengok Aryan..Sedih sangat.. Selesai check up dari doctor Aryan terus dimasukkan antibiotic. Doktor kata nasib baik u cepat sebab oksigen dalam badan dah kurang. Allah...Alhamdulillah.. Selesai rawatan di kecemasan Aryan dimasukkan ke wad kanak-kanak. 6 hari mama dan papa bergilir-gilir jaga Aryan.

Hari pertama dan kedua kemerahan pada badan Aryan makin merebak ke seluruh badan. Mulut semakin membiru. Badan Aryan pun membengkak. Antibiotik dimasukkan direct ke dalam badan Aryan. Syukur sangat saat-saat genting di wad, saudara mara dan kawan-kawan tak putus-putus datang melawat. Alhamdullillah hari ke empat keadaan Aryan semakin pulih. Hari ke 6..bila doctor kata dah boleh discharge..bersyukur sangat. Sebenarnya mama pun sangat letih sebab masa tu mama tengah mengandung baru 2 minggu.. Terima kasih papa sebab banyak jaga Aryan semasa di wad.

dari bilik kecemasan nak ke wad..27/8/2014

diberi oksigen...27/8/2014
demam...27/8/2014
pelawat setia yang ditunggu-tunggu Aryan. Hari-hari dating teman...28/8/2014
baru lepas operate bisul kat belakang..1/9/2014

baru selera minum susu

Doktor pakar bagitau scarlet fever ni berpunca daripada kuman dari persekitaran. Kebetulan hujung minggu sebelum Aryan demam kami mandi manda kat Batu Feringgi, Penang. Nak dijadikan cerita sebelum turun pantai kaki Aryan terluka. Mama dah pesan kat papa tak payah bagi Aryan mandi la takut kuman masuk ikut luka tu. Tapi biasalah papa kata mama suka fikir bukan-bukan. Huhu..kadang-kadang naluri seorang mama memang betul kan...

Di sini mama sertakan link tentang Scarlet Fever.
Apa itu Scarlet fever - ramai yang keliru campak dan scarlet fever. scarlet fever amat jarang berlaku di Malaysia

6 Hari di Wad Hospital Kerajaan Dapat cash RM1200???

Tantrum atau Anak-anak Memberontak

Anak dah tiga baru mama terjumpa perkataan tantrum ni. Perkataan baru dalam hidup mama. BOOOLATTT...mata mama bila tengok gambar-gambar animasi yang dikongsi. Aduhai...ini kah tantrum. Perkataan jer baru...hakikatnya dah tiga peringkat mama berdepan dengan tantrum ni. ke depan tak tau la...
 
 
Bagi yang pertama kali mendengarnya cuba lihat gambar ni... Mama pasti korang pun sebenarnya dah biasa dengan masalah tantrum ni..hehe. So..just keep smilling... Sambil-sambil tu sila lah bayangkan wajah anak-anak kesayangan ye..mmm..comel sangat tantrum...
 









Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia s...udah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzu billahi minashaitanir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

(Sumber: a sharing from facebook)

*mama simpan nota ini sebagai peringatan untuk diri ini agar diberi ketabahan dalam melayan kerenah anak-anak..

TANTRUM VERSI MY SUPER HEROES
 

Mimpi Semasa Mengandung

Mimpi adalah sesuatu yang normal bagi setiap orang. Orang kata mimpi ni mainan tidur. Tapi ada juga yang berpendapat mimpi ini sebagai satu petanda..baik @ buruk..yang ada kaitannya dengan kehidupan kita. Tapi apa yang mama nak kongsi kan ialah kenangan mama bermimpi di awal mengandungkan my super heroes..SAYYID.. (lebih kurang 2 minggu usia kandungan).

Semasa mengandungkan anak yang pertama, mama mimpi jumpa barang kemas berlonggok-longgok kat atas tilam dan  bawah bantal... macam-macam ada..rantai leher, rantai tangan, cincin..macam-macam saiz dan bertuk yang mana semuanya dari emas. Masa tu mama tau itu cuma sekadar mainan tidur ja. Saje cerita kat papa dan mak mertua...senyum jer lah kan. Exciited sangat nak dapat baby kot. Yang bestnya boleh plak terfikir..entah-entah nak dapat baby girl kot... Berangan sungguh... Nak-nak plak ada kawan tu duk tegur macam mengandung baby girl ja sebab katanya muka mama berseri ja..tak berubah. Lagi best masa mama temankan seorang kawan mama berurut dengan sorang mak bidan ni..dia pun dengan yakin cakap mama mengandung anak perempuan.

Excited mama pergi klinik swasta untuk scan. Papa Tanya doctor..boy or girl? U guess what? Of course lah B.O.Y.. Alhamdulillah. Anak pertama kan..tak kisah la lelaki ke perempuan. Syukur lah Allah bagi mama anak setelah hamper 2 tahun menanti.


Gambar hiasan
Semasa mengandungkan anak yang ke dua mimpi yang hampir sama berulang. Masa ni mama pun tak sedar mama mengandung...mmmmm... Malam tu mama mimpi jumpa duit syiling bertimbun-timbun...bersepah-sepah sana sini. Tapi diam jer. Tak cerita kat papa pun. Hai..nak dapat durian runtuh ke? hehe..ye lah tiba-tiba mimpi jumpa duit banyak camtu kan.. Agak lewat mama sedar mama mengandung sebab kali ni tak ada alahan langsung seperti pengalaman pertama mengadung dulu.

Masuk empat bulan mama terus ajak papa pergi scan. Oo ooo...B.O.Y..lagi... Alhamdulillah. Papa kata lelaki ke perempuan..papa tak kisah. Papa terima jer.. Anak lelaki pun comel.

Gambar hiasan
Mengandung anak yang ke 3 jauh di sudut hati, mama yakin kali ni girl lah pulak kan. emmmm..tak pe lah redha jer. So far anak-anak lelaki mama ok je..tak banyak kerenah. Kali ni mama mimpi pergi ke satu bangunan lama. Dalam mimpi tu mama jalan-jalan sampailah ke bawah rumah. Pijak Tanah. Tiba-tiba mata terpukau tengok satu objek...patung kecil. makin dekat, mak oiii banyaknya patung-patung haiwan kecik dan comel-comel. Bila diamati betul-betul rupanya patung-patung tu diperbuat daripada emas. Ada emas kuning, putih dan ada berlian gak. Macam jumpa harta Karun gitu..

Esoknya cerita kat papa. Mama rasa kali ni pun baby boy lagi lah. Tiap kali ahli keluarga atau kawan-kawan berseloroh yang kali ni baby girl...mama senyum ja. Entah nape kali ni mama rasa mimpi tu bermaksud B.O.Y again... Alhamdulillah..Kini mama punya BoboiBoy...

Gambar hiasan
Bukan mudah untuk mama kuatkan diri untuk mengandung lagi. Tapi motivasi yang tinggi mengatakan in shaa Allah kali ni mesti girl plak. Ramai yang bagi petua, dan suruh berdoa agar dikurniakan baby girl. Memang mama nakkan anak perempuan. Seronok tengok baju-baju baby girl yang comel-comel. Tapi dalam masa yang sama mama sangat yakin bahawa ketentuan ini, rezeki ini. qada dan qadar ini adalah yang terbaik untuk mama sekeluarga. Allah kan Maha Mengetahui. Sudah pasti apa yang berlaku ini bukannya suatu kebetulan..pasti ada hikmahnya.

Tapi, semasa mengandung anak ke 4, mama mimpi sedang membeli kuih dekat satu kedai. Semasa nak bayar..mama toleh belakang..tu diaaaa...banyaknya kuih muih, macam-macam jenis...rasa nak beli semuanya. hehe.. Tiba-tiba terfikir, adakah kali ni????? Hanya Allah yang tahu. Berbunga-bunga hati mama. Kat ofis kawan-kawan duk tegur mama berseri-seri dan asyik bergaya...

Huhuhu...tersasul doctor cakap. B.O.Y lagi... Alhamdulillah.

Gambar hiasan
Saja mama coretkan kisah mimpi mama ni. Menarik bila dikumpul dah ada 4 mimpi yang pada mama ada nilainya yang tersendiri. Hanya doakan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Semoga diberkati usia dan di murahkan rezeki. Ameeenn..


Saturday, 4 July 2015

Tempat Menarik di Taiping, Perak





Kalau ke Taiping bersama anak-anak mesti masuk Zoo Taiping yang terletak di Bukit Larut. Biasa lah budak-budak kan suka tengok binatang.. Kalau penat boleh pusing-pusing dalam zoo naik keretapi. Jangan lupa bawa bekal air ye.. Gerenti haus punya...luas gak tu nak pusing-pusing dalam zoo. Biasanya kami suka jalan jer kat dalam tu sebab boleh tengok lebih dekat binatang-binatang ni. Bila dah penat boleh la naik keretapi.

Anak-anak kalau bab jalan-jalan ni..memang layan jer.. Memang suka sangat.
  
Keluar dari Zoo kami jalan-jalan jap dekat Tasik Taiping yang terletak berhampiran. Pemandangan yang sangat menarik. So, boleh la bergambar lebih sikit...feeling-feeling gitu...:p
 
 Serius cantik. Sebab tu pasangan pengantin baru suka ambik gambar outdoor kat sini. Garden concept gitu..

Bersama Cinta Hati..
Memori 2 Februari 2013











Jalan sana sini, lapar lah pulak. Petang-petang ni best gak kalau pekena mee udang Kuala Sepetang. SO, apa lagi..JOMMMM...dan pilihan kami mesti lah...

Kalau datang sini memang tak sah kalau tak order mee udang banjir dan nasi goreng udang. Memang terbaik...
Dah kenyang..jom pulang... Singgah solat maghrib mana-mana masjid dulu yang berdekatan. Specialnya trip kami di Taiping kali ni ialah..tadaaaa...Fire Flies Kampung Dew. Papa bawa kami tengok kunang-kunang..menyusuri sungai menaiki sampan.
 


 
Ya Allah!! memang sangat teruja tengok banyaknya kunang-kunang. Bayangkan satu pokok besar penuh dengan kelipan kunang-kunang. Hampir semua pokok yang berada di tepi sungai tu dipenuhi dengan kunang-kunang. Sekali tengok macam pokok krismas. Siap boleh tangkap lagi kunang-kunang tu letak atas tapak tangan. Sayangnya sebab tak boleh ambik gambar bersama si kunang-kunang. Bukan sebab tidak dibenarkan, TAPI..bila kami ambik gambar cahaya kunang-kunang hilang..so tak kelihatan la.. huhu..
Bila la nak pergi lagi.. rindu sama kamu si kunang-kunang..hehe



Thursday, 4 June 2015

Makan Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak

Kali ni papa bawa kami makan ketam lembut kat JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak. Menariknya restoren ni di bina di atas tong drum, terapung dalam sungai.. Tiap kali ada bot lalu..akan terasa berombaknya alunan air. Menu biasa lauk pauk pun ada di jual TAPI..specialnya kat sini pastinya ketam lembut. Kegemaran kami ialah ketam lembut celup tepung. Perghhh...sedap ..

Nikmatnya..Baru puas makan ketam, habis smua bhgian bole makan. Krup krup...
Memori 1 May 2014

Wednesday, 3 June 2015

Hatyai Trip 2013

Trip oversea yang sangat menyeronokkan. Pengalaman pertama buat mama dan anak-anak melancong ke luar negara. Tak jauh pun..Hatyai, Thailand je hehe.. Kami travel bawa kereta melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah. Konsep travelling kami seperti biasa..mesti dalam budget dan redah jeeee...

Berkobar-kobar papa pandu kereta. Masuk je Thailand terlopong tengok semua papan tanda jalan dalam tulisan siam. Adoi..masak nih..dah la GPS tak de. Duit siam pun tak tukar lagi. Konsep redah la katakana..huhu. Akhirnya kami Berjaya tukar wang siam kat bank di dalam Tesco Lotus.

Sambil cari arah ke Hatyai sempat gak bergambar kat tempat2 menarik sepanjang jalan. Agak pelik sebab 'pasai apa orang sini suka hon???' Salah jalan ke?? ke sebab kereta kami plat Malaysia? Pelbagai persoalan bermain di minda.

Ahh..cukup lega bila ternampak papan arah tulis perkataan HATYAI. Misi mencari hotel... Pusing punya pusing akhirnya kami memilih  sebagai penginapan kami di sana. Dah check in hajat di hati nak keluar makan.
Penyelesaian terbaik bagi masalah kami yang 'buta huruf siam' ialah dengan menaiki tuk-tuk (macam kereta sewa..tp sempoi giler..hehe)
 

 
menaiki Tut-Tut

Pengalaman yang sangat menarik. Pemandu tuk-tuk, En Nasir memang sporting. Yang paling penting dia tahu cakap melayu.. So, en Nasir secara rasmi menjadi pemandu kami sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai..

Esoknya selepas sarapan, kami teruskan pengembaraan ke Chang Puak Camp.
Nasi kerabu best..kedai berhampiran hotel

Naik gajah buat pertama kali. memang pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kalu korang pergi Hatyai.. jangan lupa datang sini tau.
                                 


Mama naik gajah ngan papa dan baby Aryan. Alang pula terpaksa melayan Amzar dan Aqil. Masing-masing teruja dapat naik gajah. Masa gajah lalu kot paya tu..perghh..memang mencabar. Kena pegang kuat-kuat..kalau tak maunya jatuh dalam air tu.
































Balik dari Chang Puak Camp.. kami pergi main ais..masuk sekejap jer sb tak tahan sejuk.

















Malamnya kami berjalan-jalan di sekitar Hatyai... Jalan-jalan sambil mencari makanan yang halal. Lihat cara hidup orang Hatyai..
Hajat di hati nak juga beli baju sepasang dua. tapi susahnya nak cari yang berkonsep muslimah di sini.


Tempat yang unik kami singgah ialah Floating Market.. Kalau nak tahu macam-macam makanan di jual atas sampan tu. Yang paling menarik ialah bekas-bekas makanan yang dibuat daripada Tanah liat direka dalam pelbagai bentuk. Ada juga bekas dari buluh. Bila nak bayar..just masukkan dalam raga yang diikat pada kayu yang dihulurkan oleh peniaga kat kita.. Lain dari yang lain...

goreng serangga pun ado..erkk..


The Floating Market
Bergambar dengan pahlawan Thai..
Slurppp...emmm sedappp..
Amzar seronok nak membeli






Aktiviti wajib anak-anak...mandi kolam.
Alhamdulillah...Trip to Hatyai dalam kenangan..
Bekas-bekas makanan dan minuman yang kami beli tu masih tersimpan elok kat rumah tau..

Memori 15 March 2013