

Trip oversea yang sangat menyeronokkan. Pengalaman pertama buat mama dan anak-anak melancong ke luar negara. Tak jauh pun..Hatyai, Thailand je hehe.. Kami travel bawa kereta melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah. Konsep travelling kami seperti biasa..mesti dalam budget dan redah jeeee...
Berkobar-kobar papa pandu kereta. Masuk je Thailand terlopong tengok semua papan tanda jalan dalam tulisan siam. Adoi..masak nih..dah la GPS tak de. Duit siam pun tak tukar lagi. Konsep redah la katakana..huhu. Akhirnya kami Berjaya tukar wang siam kat bank di dalam Tesco Lotus.
Sambil cari arah ke Hatyai sempat gak bergambar kat tempat2 menarik sepanjang jalan. Agak pelik sebab 'pasai apa orang sini suka hon???' Salah jalan ke?? ke sebab kereta kami plat Malaysia? Pelbagai persoalan bermain di minda.
Ahh..cukup lega bila ternampak papan arah tulis perkataan HATYAI. Misi mencari hotel... Pusing punya pusing akhirnya kami memilih
Grand Plaza Hotel sebagai penginapan kami di sana. Dah check in hajat di hati nak keluar makan.
Penyelesaian terbaik bagi masalah kami yang 'buta huruf siam' ialah dengan menaiki tuk-tuk (macam kereta sewa..tp sempoi giler..hehe)

|
menaiki Tut-Tut |
Pengalaman yang sangat menarik. Pemandu tuk-tuk, En Nasir memang sporting. Yang paling penting dia tahu cakap melayu.. So, en Nasir secara rasmi menjadi pemandu kami sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai..
Esoknya selepas sarapan, kami teruskan pengembaraan ke Chang Puak Camp.
 |
Nasi kerabu best..kedai berhampiran hotel |
Naik gajah buat pertama kali. memang pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kalu korang pergi Hatyai.. jangan lupa datang sini tau.
Mama naik gajah ngan papa dan baby Aryan. Alang pula terpaksa melayan Amzar dan Aqil. Masing-masing teruja dapat naik gajah. Masa gajah lalu kot paya tu..perghh..memang mencabar. Kena pegang kuat-kuat..kalau tak maunya jatuh dalam air tu.

Balik dari Chang Puak Camp.. kami pergi main ais..masuk sekejap jer sb tak tahan sejuk.
Malamnya kami berjalan-jalan di sekitar Hatyai... Jalan-jalan sambil mencari makanan yang halal. Lihat cara hidup orang Hatyai..
Hajat di hati nak juga beli baju sepasang dua. tapi susahnya nak cari yang berkonsep muslimah di sini.
Tempat yang unik kami singgah ialah Floating Market.. Kalau nak tahu macam-macam makanan di jual atas sampan tu. Yang paling menarik ialah bekas-bekas makanan yang dibuat daripada Tanah liat direka dalam pelbagai bentuk. Ada juga bekas dari buluh. Bila nak bayar..just masukkan dalam raga yang diikat pada kayu yang dihulurkan oleh peniaga kat kita.. Lain dari yang lain...
 |
goreng serangga pun ado..erkk.. |
 |
The Floating Market |
 |
Bergambar dengan pahlawan Thai.. |
 |
Slurppp...emmm sedappp.. |
 |
Amzar seronok nak membeli |
 |
Aktiviti wajib anak-anak...mandi kolam.
|
Alhamdulillah...Trip to Hatyai dalam kenangan..
Bekas-bekas makanan dan minuman yang kami beli tu masih tersimpan elok kat rumah tau..
Memori 15 March 2013